Daftar MOF Online – Pendaftaran Lesen Kewangan & ePerolehan
Daftar MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) atau dikenali juga sebagai daftar lesen kewangan adalah syarat utama untuk syarikat dan usahawan yang ingin membekal produk atau perkhidmatan kepada kerajaan. Dengan pendaftaran MOF yang sah, perniagaan anda boleh menyertai sebut harga dan tender kerajaan melalui sistem ePerolehan. Kami menyediakan perkhidmatan daftar MOF online dengan proses pantas, bimbingan lengkap dan sah
Anda Stress hadapi masalah-masalah ini?

Dokumen Tidak Lengkap
Permohonan ditolak kerana dokumen seperti SSM, penyata kewangan, salinan kad pengenalan, sijil syarikat tidak lengkap

Sijil Tamat Tempoh
Sijil MOF tamat tempoh dan pendaftaran pembaharuan lewat, menyebabkan penalti atau larangan menjalankan perniagaan.

Masalah di Sistem MOF ePerolehan
Laman web MOF ePerolehan tidak dapat diakses, server lambat, atau tidak boleh login

Didenda MOF
Operasi MOF – Pemeriksaan Lesen MOF bagi kelulusan projek
Kenapa Perlu Daftar MOF & ePerolehan
Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) merupakan langkah penting bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan dan menembusi pasaran kerajaan. Tanpa pendaftaran MOF, syarikat tidak layak untuk menyertai sebut harga atau tender kerajaan walaupun mempunyai produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Manakala sistem ePerolehan digunakan untuk semua transaksi pembelian kerajaan seperti sebut harga, pesanan dan bayaran. Tanpa ePerolehan, walaupun anda ada MOF, urusan pembekalan kepada kerajaan tidak boleh dijalankan sepenuhnya.
Kenapa anda Perlu Memilih Kami
Untuk Dapatkan Lesen Sah MOF
Pengalaman
Kami berpengalaman lebih 15 tahun dalam membantu ratusan klien berjaya mendapatkan lesen MOF secara sah.
Kelulusan Tinggi
Memastikan permohonan anda berjalan lancar dari mula hingga selesai .
Kerja Profesional
Mudah berkomunikasi dengan klien & Setiap permohonan diproses dengan segera.
Harga Berpatutan
Kami tawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti servis yang terbaik.
Siapa Kami
“Sahabat Perniagaan Anda”
Kami berpengalaman lebih 20 tahun dalam membantu pendaftaran syarikat dalam urusan berkaitan lesen, khususnya melibatkan SSM, MOF, CIDB serta penyediaan kertas kerja.
Kepakaran & Perkhidmatan
Daftar/Renew MOF
Tempoh sah lesen adalah selama tiga (3) tahun bermula dari tarikh pengeluaran sijil.
Tambah Kod Bidang
Setiap perniagaan atau syarikat dibenarkan mendaftar sehingga maksimum 30 kod bidang
Kemaskini Profil Syarikat
Kemas kini profil syarikat jika berlaku perubahan milikan saham, alamat & maklumat lain.
Sijil & Pin Digital ePerolehan
Login ID, Password dan PIN Digital sistem ePerolehan untuk melakukan transaksi perolehan kerajaan
Latihan ePerolehan
Kaedah sebenar tembusi pasaran kerajaan melalui sistem ePerolehan
Sijil Taraf Bumi
Pengesahan rasmi status Bumiputera bagi membolehkan syarikat menyertai peluang perolehan dan program khas kerajaan
Our Client



FAQ (Soal Jawab)
Apa itu pendaftaran MOF?
Daftar Lesen MOF atau daftar lesen kewangan ialah pendaftaran perniagaan dengan Kementerian Kewangan Malaysia supaya syarikat layak membekal produk atau perkhidmatan kepada agensi kerajaan melalui sebut harga dan tender.
Lesen MOF sama ke dengan Lesen Kewangan?
Ya. “Lesen kewangan” ialah istilah yang biasa digunakan oleh orang awam, manakala istilah rasmi dalam sistem kerajaan ialah Lesen MOF. Kedua-duanya merujuk kepada pendaftaran yang sama
Siapa yang perlu daftar MOF?
Enterprise (SSM), syarikat Sdn. Bhd., koperasi, pembekal dan penyedia perkhidmatan yang ingin berniaga dengan kerajaan perlu berdaftar dengan MOF.
Lepas daftar MOF, perlu daftar ePerolehan juga?
Ya. Sistem ePerolehan diperlukan untuk urusan transaksi seperti pesanan, sebut harga dan bayaran daripada agensi kerajaan. MOF dan ePerolehan biasanya perlu didaftarkan bersama.
Berapa lama proses daftar MOF?
Tempoh proses bergantung kepada kelengkapan dokumen dan pengesahan sistem. Kebiasaannya boleh disiapkan dalam beberapa hari bekerja jika semua maklumat lengkap.
Berapa kos untuk daftar Lesen MOF
Kos pendaftaran bergantung kepada jenis perniagaan seperti enterprise atau syarikat Sdn. Bhd. serta skop bantuan yang diperlukan termasuk ePerolehan. Hubungi kami untuk sebut harga tepat mengikut situasi syarikat anda.


