Table of Contents
ToggleTambah Kod Bidang MOF Online | Panduan Mudah & Lengkap 2026
Ramai syarikat sudah berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia MOF tetapi masih gagal masuk sebut harga kerana kod bidang tidak sesuai atau tidak mencukupi. Servis tambah kod bidang MOF membantu syarikat mengemaskini skop perniagaan supaya selari dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan kod bidang yang tepat, peluang untuk menyertai sebut harga dan tender kerajaan melalui ePerolehan akan menjadi lebih luas.
Kenapa Perlu Tambah Kod Bidang MOF?
Kod bidang menentukan kategori kerja/produk yang syarikat layak tawarkan kepada kerajaan
Tanpa kod bidang yang betul, syarikat mungkin tidak dipelawa walaupun lesen MOF aktif
Membuka peluang projek baharu bila syarikat tambah servis/produk baharu
Siapa Sesuai Buat Kemaskini Kod Bidang?
Syarikat yang baru tambah servis/produk
Syarikat yang nak masuk tender/sebut harga kategori tertentu
Syarikat yang kod bidang terlalu sedikit atau tidak relevan
Syarikat yang mahu susun kod bidang mengikut strategi pasaran kerajaan
Proses Tambah Kod Bidang MOF
Semak aktiviti perniagaan & sasaran tender
Cadangan kod bidang yang sesuai (ikut servis/produk)
Semakan dokumen dan maklumat profil
Kemaskini/tambah kod bidang dalam sistem
Semakan akhir & profil sedia digunakan
Berapa Banyak Kod Bidang Boleh Daftar?
Maksimum yang dibenarkan 30 kod bidang sahaja. Walaupun begitu hanya kod-kod bidang tertentu dan bergantung kepada tajuk yang berkaitan di dalam SSM yang berkaitan sahaja yang akan diluluskan. Pastikan anda faham kod bidang yang anda ingin daftar supaya tidak tersalah pilih. Boleh rujuk Senarai Kod Bidang MOF
FAQ (Soal & Jawab)
Apa itu kod bidang MOF?
Kod bidang MOF ialah kod kategori yang menentukan jenis produk/perkhidmatan yang syarikat layak tawarkan kepada kerajaan.
Kenapa perlu tambah kod bidang?
Supaya syarikat layak dipelawa untuk sebut harga/tender yang berkaitan dengan servis/produk anda.
Boleh tambah kod bidang bila-bila masa?
Boleh, dan digalakkan bila ada perubahan servis/produk atau bila nak masuk peluang kerajaan tertentu.
Boleh, dan digalakkan bila ada perubahan servis/produk atau bila nak masuk peluang kerajaan tertentu.
Boleh jadi syarikat tidak layak untuk peluang yang betul atau profil nampak tidak selari dengan aktiviti sebenar.
Perlu kemaskini profil sekali?
Kadang-kadang ya, bergantung kepada status profil semasa. Kami akan semak dan cadangkan langkah paling cepat.
