Notis Pertukaran E-mel Pentadbir Pembekal ePerolehan

akaun eperolehan

Permohonan pertukaran e-mel hendaklah dihantar ke bantuan@eperolehan.gov.my berserta surat rasmi menggunakan KEPALA SURAT syarikat, ditandatangani oleh pemilik/pengarah syarikat dan dicop dengan CAP SAH SYARIKAT pada surat tersebut. Cap rasmi yang TIDAK ASLI atau TIDAK JELAS atau DIJANA menggunakan perisian komputer tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan perlu disertakan dengan SALINAN KAD PENGENALAN DEPAN DAN BELAKANG YANG DIPALANG ‘UNTUK KEGUNAAN ePEROLEHAN SAHAJA‘ bagi Pentadbir Pembekal (Klik contoh kad pengenalan). Salinan Kad Pengenalan bagi Pentadbir Pembekal hendaklah TERKINI dan JELAS (TIDAK KABUR).

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan maklumat lengkap iaitu Nama SyarikatNo. MOF/ePNo. SSMNama Pentadbir PembekalNo. KPE-mel LamaEmel Baharu dan No. Telefon.

Permohonan TIDAK LENGKAP, daripada pihak ketiga atau dihantar melalui pos akan DITOLAK. Bagi memastikan kelancaran penerimaan notifikasi sistem, pembekal digalakkan menggunakan e-mel rasmi syarikat atau perkhidmatan e-mel Google (@gmail.com). Penggunaan e-mel Yahoo adalah tidak digalakkan.

Panduan penuh: Klik Di Sini

Scroll to Top