Pembaharuan Lesen Kewangan MOF merupakan proses penting bagi memastikan syarikat terus layak menyertai tender dan sebut harga kerajaan melalui sistem ePerolehan. Sekiranya lesen tidak diperbaharui sebelum tamat tempoh, syarikat berisiko kehilangan peluang menyertai perolehan kerajaan.

Oleh itu, pembaharuan perlu dibuat lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada operasi perniagaan.

Bila pembaharuan lesen kewangan boleh dibuat?

Seawal 3 bulan sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga selewat-lewatnya 1 tahun selepas luput pendaftaran.

Jika lesen kewangan tamat tempoh lebih setahun, bolehkah syarikat membuat permohonan pembaharuan?

Seawal 3 bulan sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga selewat-lewatnya 1 tahun selepas luput pendaftaran.

Bolehkah permohonan tambah kod bidang dibuat semasa membuat permohonan pembaharuan?

Boleh. Had maksima yang dibenarkan adalah 30 kod bidang.

Bolehkah kemaskini profil syarikat dibuat semasa membuat permohonan pembaharuan?

Boleh. Maklumkan kepada pihak kami untuk perubahan seperti penama di dalam sijil,penukaran nama pentadbir di dalam sistem ePerolehan dan lain-lain kemaskini profil syarikat yang diperlukan.

Bolehkah syarikat membuat pembaharuan sekiranya syarikat tidak membuat caruman KWSP?

Boleh untuk syarikat yang beralamat di rumah kediaman sahaja. Tidak boleh untuk syarikat yang beralamat di premis perniagaan (wajib berdaftar dengan KWSP & membuat caruman kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja syarikat.

Adakah lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dalam permohonan pembaharuan?

Ya, perlu. ianya adalah syarat wajib dalam proses pembaharuan.

Berapa lama tempoh sah lesen kewangan selepas diperbaharui?

3 tahun. Syarikat dinasihatkan untuk membuat pembaharuan lesen kewangan seawal 3 bulan sebelum tamat tempoh sah.

Adakah syarikat akan didenda sekiranya memiliki lesen kewangan tamat tempoh?

Tidak. Namun, urusniaga syarikat dengan jabatan kerajaan akan terbatal kerana tidak memiliki lesen kewangan yang sah tempoh.

Dokumen Diperlukan Untuk Pembaharuan MOF

Antara dokumen yang biasanya diperlukan:

  • Sijil pendaftaran SSM terkini

  • Penyata bank syarikat

  • Salinan IC pemilik atau pengarah

  • Maklumat perniagaan terkini

  • Emel dan nombor telefon aktif

(Keperluan boleh berbeza mengikut jenis perniagaan dan status akaun)

Perlu Membuat Pembaharuan Lesen Kewangan?

Jangan tunggu sehingga lesen anda tamat tempoh. Kami membantu syarikat menguruskan proses Pembaharuan Lesen Kewangan Malaysia dengan mudah, cepat dan mengikut keperluan semasa.

✅ Semakan kelayakan percuma
✅ Bantuan penyediaan dokumen
✅ Proses permohonan yang mudah
✅ Khidmat konsultasi berpengalaman

Scroll to Top