tambah kod bidang mof

Ramai syarikat sudah berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia MOF tetapi masih gagal masuk sebut harga kerana kod bidang tidak sesuai atau tidak mencukupi. Servis tambah kod bidang MOF membantu syarikat mengemaskini skop perniagaan supaya selari dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan kod bidang yang tepat, peluang untuk menyertai sebut harga dan tender kerajaan melalui ePerolehan akan menjadi lebih luas.

Kenapa Perlu Tambah Kod Bidang MOF?

  • Kod bidang menentukan kategori kerja/produk yang syarikat layak tawarkan kepada kerajaan

  • Tanpa kod bidang yang betul, syarikat mungkin tidak dipelawa walaupun lesen MOF aktif

  • Membuka peluang projek baharu bila syarikat tambah servis/produk baharu

Siapa Sesuai Buat Kemaskini Kod Bidang?

  • Syarikat yang baru tambah servis/produk

  • Syarikat yang nak masuk tender/sebut harga kategori tertentu

  • Syarikat yang kod bidang terlalu sedikit atau tidak relevan

  • Syarikat yang mahu susun kod bidang mengikut strategi pasaran kerajaan

Proses Tambah Kod Bidang MOF

  • Semak aktiviti perniagaan & sasaran tender

  • Cadangan kod bidang yang sesuai (ikut servis/produk)

  • Semakan dokumen dan maklumat profil

  • Kemaskini/tambah kod bidang dalam sistem

  • Semakan akhir & profil sedia digunakan

Berapa Banyak Kod Bidang Boleh Daftar?

Maksimum yang dibenarkan 30 kod bidang sahaja. Walaupun begitu hanya kod-kod bidang tertentu dan bergantung kepada tajuk yang berkaitan di dalam SSM yang berkaitan sahaja yang akan diluluskan. Pastikan anda faham kod bidang yang anda ingin daftar supaya tidak tersalah pilih. Boleh rujuk Senarai Kod Bidang MOF

FAQ (Soal & Jawab)

Apa itu kod bidang MOF?

Kod bidang MOF ialah kod kategori yang menentukan jenis produk/perkhidmatan yang syarikat layak tawarkan kepada kerajaan.

Supaya syarikat layak dipelawa untuk sebut harga/tender yang berkaitan dengan servis/produk anda.

Boleh, dan digalakkan bila ada perubahan servis/produk atau bila nak masuk peluang kerajaan tertentu.

Boleh jadi syarikat tidak layak untuk peluang yang betul atau profil nampak tidak selari dengan aktiviti sebenar.

Kadang-kadang ya, bergantung kepada status profil semasa. Kami akan semak dan cadangkan langkah paling cepat.

Scroll to Top