Apa Itu Sistem ePerolehan?

eperolehan

Sistem ePerolehan ialah platform perolehan elektronik yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengurus urusan pembelian barangan dan perkhidmatan daripada pembekal yang berdaftar. Melalui sistem ini, semua transaksi seperti sebut harga, pesanan pembelian (Purchase Order), invois dan bayaran dikendalikan secara atas talian bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kawalan perbelanjaan kerajaan.

Bagi syarikat yang ingin berniaga dengan kerajaan, pendaftaran dan pengaktifan ePerolehan merupakan langkah penting selepas mendapatkan lesen MOF (Kementerian Kewangan Malaysia).

Fungsi Sistem ePerolehan?

Sistem ePerolehan digunakan untuk:

  • Mengurus pesanan pembelian daripada jabatan kerajaan

  • Menghantar dan menerima sebut harga secara digital

  • Menyimpan rekod transaksi pembekalan

  • Mengurus proses pengesahan pembekal

  • Menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik

Melalui ePerolehan, urusan antara pembekal dan agensi kerajaan menjadi lebih pantas dan berpusat dalam satu sistem.

Kesimpulan

Sistem ePerolehan merupakan komponen penting dalam perniagaan dengan kerajaan. Ia bukan sekadar sistem teknikal, tetapi merupakan platform utama untuk urusan transaksi pembelian, rekod pembekalan dan pembayaran. Bagi syarikat yang serius mahu masuk pasaran kerajaan, pendaftaran MOF sahaja tidak mencukupi tanpa pengaktifan ePerolehan.

Gabungan lesen MOF + akaun ePerolehan aktif + kod bidang yang betul akan meningkatkan peluang perniagaan untuk menyertai peluang sebut harga dan projek kerajaan. Bagi memahami kaedah & strategi sebenar menembusi pasaran kerajaan, anda boleh menyertai Kursus ePerolehan yang disediakan secara ‘Mentoring & Coaching’.

FAQ ePerolehan

Apa itu ePerolehan?

ePerolehan ialah sistem perolehan elektronik Kerajaan Malaysia yang mengurus pembelian dan tender kerajaan secara dalam talian melalui MOF.

Syarikat yang ingin membekal barangan atau perkhidmatan kepada agensi kerajaan perlu mendaftar ePerolehan.

Ya, pendaftaran ePerolehan adalah wajib untuk menyertai sebut harga dan tender kerajaan.

 

Biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja bergantung kepada kelengkapan dokumen.

Syarikat tidak layak menyertai tender kerajaan dan kehilangan peluang projek.

Daftar dan Aktifkan ePerolehan Hari Ini!
Scroll to Top