SIJILI TARAF BUMIPUTERA

Sijil Taraf Bumiputera (STB) ialah pengesahan rasmi yang membuktikan sesebuah syarikat dimiliki dan dikawal oleh Bumiputera. Sijil ini sangat penting bagi syarikat yang ingin menyertai tender, sebut harga dan program khas kerajaan yang dikhususkan untuk Bumiputera. Kami menyediakan servis permohonan sijil taraf Bumiputera dengan bimbingan lengkap supaya proses menjadi lebih mudah, cepat dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Apa Itu Sijil Taraf Bumiputera (STB)?

Sijil Taraf Bumiputera ialah dokumen pengesahan status Bumiputera bagi sesebuah syarikat atau perniagaan. Ia biasanya diperlukan untuk menyertai projek kerajaan, tender khas Bumiputera serta beberapa skim bantuan dan pembiayaan yang dikhususkan kepada usahawan Bumiputera.

Kenapa Sijil Taraf Bumiputera Penting?

Dengan memiliki STB yang sah, syarikat boleh:

  • Menyertai tender dan sebut harga khas Bumiputera

  • Layak untuk program pembangunan usahawan Bumiputera

  • Meningkatkan kepercayaan agensi kerajaan dan GLC

  • Memperluas peluang projek dalam sektor awam

Siapa Yang Layak Memohon Sijil Taraf Bumiputera?

Permohonan STB sesuai untuk:

  • Enterprise milik Bumiputera

  • Syarikat Sdn. Bhd. milik Bumiputera

  • Koperasi Bumiputera

  • Syarikat yang majoriti saham dan kawalan dipegang oleh Bumiputera

(Syarat pemilikan dan kawalan tertakluk kepada garis panduan semasa)

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan STB

Antara dokumen yang biasanya diperlukan:

  • Sijil pendaftaran SSM / dokumen syarikat

  • Salinan MyKad pemilik atau pengarah Bumiputera

  • Penyata bank syarikat

  • Maklumat pemilikan saham (jika Sdn. Bhd.)

  • Alamat perniagaan dan maklumat hubungan

(Dokumen mungkin berbeza mengikut jenis perniagaan)

Proses Permohonan Sijil Taraf Bumiputera

Proses permohonan biasanya melibatkan:

  1. Semakan kelayakan syarikat

  2. Semakan pemilikan dan struktur syarikat

  3. Penyediaan dokumen sokongan

  4. Permohonan sijil taraf Bumiputera

  5. Semakan dan pengesahan pihak berkuasa

  6. Kelulusan dan pengeluaran sijil

Kami bantu dari peringkat awal hingga sijil diperoleh.

Hubungan STB Dengan MOF & ePerolehan

Untuk banyak tender kerajaan, syarikat bukan sahaja perlu berdaftar dengan MOF dan ePerolehan, malah perlu mempunyai Sijil Taraf Bumiputera bagi layak menyertai tender khas Bumiputera. Oleh itu, permohonan STB sangat penting sebagai sebahagian daripada persediaan masuk pasaran kerajaan (B2G).

Tempoh Siap & Kos Permohonan STB

Tempoh proses bergantung kepada kelengkapan dokumen dan semakan pihak berkuasa. Kebiasaannya mengambil beberapa hari hingga beberapa minggu. Kos perkhidmatan pula bergantung kepada jenis perniagaan dan skop bantuan yang diperlukan. Hubungi kami untuk sebut harga tepat mengikut situasi syarikat anda.

FAQ (SOAL JAWAB)

Adakah semua syarikat Bumiputera automatik dapat STB?

Tidak semestinya. Syarikat perlu memenuhi syarat pemilikan dan kawalan Bumiputera mengikut garis panduan semasa.

Ya, enterprise milik Bumiputera juga boleh memohon STB tertakluk kepada syarat.

Tidak wajib, tetapi untuk tender kerajaan, biasanya STB digunakan bersama pendaftaran MOF dan ePerolehan.

Tempoh bergantung kepada semakan dokumen dan kelulusan pihak berkuasa, biasanya beberapa hari hingga beberapa minggu.

Boleh. Ramai syarikat mohon kedua-duanya serentak sebagai persediaan masuk pasaran kerajaan.

Kami sedia bantu uruskan permohonan STB anda dengan betul dan lengkap.
Scroll to Top